nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Lebih 220 usahawan sertai Program Warna-warni Aidilfitri

19 APR: Kementerian Pelancongan, Seni  dan Budaya beri peluang kepada 220 usahawan sertai Program Warna-warni Aidilfitri yang diadakan di beberapa lokasi berbeza di seluruh negara mulai 15 April hingga 2 Mei depan.

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri, berkata program tahunan itu disertai seramai 220 usahawan dengan pecahan 100 usahawan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, manakala 120 usahawan lagi di lapan lokasi pusat beli- belah terkemuka di seluruh negara.

Ini termasuklah di East Coast, Pahang (13 usahawan),  KTCC MALL, Terengganu (21 usahawan), AEON Mall Kuching, Sarawak (39 usahawan), AEON Mall Kinta City, Perak (3 usahawan), AEON Mall Nilai @ SEREMBAN 2, Negeri Sembilan (16 usahawan).

Tiga lagi pusat membeli belah yang menyertai program berkenaan ialah di Mydin Mall Bertam, Pulau Pinang (6 usahawan); One Utama Shopping Centre, Selangor (3 usahawan) dan  Freeport  A’Famosa, Melaka (19 usahawan).

“Dalam usaha mempromosi dan memasarkan produk kraf Aidilfitri secara meluas, orang ramai juga boleh membeli dan mendapatkan produk kraf menerusi platform digital yang dibangunkan oleh Kraftangan Malaysia iaitu E-Kraf Bazar dan MYCRAFTSHOPPE.

“Pelbagai aktiviti menarik diadakan dengan bertemakan Aidilfitri.

“Menerusi aktiviti jualan kraf yang merangkumi lima(5) bidang utama seperti tekstil, hasil rimba, hasil tanah, hasil logam dan aneka kraf, produk kraf yang ditawarkan adalah sinonim dengan persiapan dan kelengkapan hari raya yang dijual dengan harga berpatutan,” katanya pada sidang media di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata menerusi aktiviti pameran produk kraf Aidilfitri ditampilkan dengan konsep berilhamkan ‘halaman rumah di kampung’.

“Konsep ini mengetengahkan serambi rumah tradisional Melayu sebagai ruang utama dekorasi raya yang boleh menggamit kenangan dan membuatkan pengunjung merasai suasana berhari raya di kampung halaman.

“Tidak ketinggalan, ditampilkan juga Pameran Institut Kraf Negara (IKN) yang mengetengahkan produk hasilan pelajar dari enam(6) jurusan bidang kraf.

“Pengunjung turut berpeluang membeli-belah sambil melihat aktiviti demonstrasi kraf yang diadakan antaranya Pembuatan Songkok, Pembuatan Capal, Lipatan Tanjak, Sulaman Manik dan Anyaman Mengkuang.

“Selain itu, aktiviti Interaktif Kraf seperti Anyaman Ketupat dan Dekorasi Kad Raya diadakan dan boleh disertai bersama keluarga,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.