19 APRIL : Selepas Republik Czech mengusir 18 diplomat Russia Sabtu lalu, Moscow pula bertindak mengusir 20 diplomat republik itu semalam memperlihatkan ketegangan antara kedua negara semakin meningkat.
18 dipolmat Russia yang diusir itu telah dikenal pasti sebagai pasti sebagai ejen rahsia perkhidmatan keselamatan SVR dan GRU Russia dan disyaki terbabit dalam letupan di gudang peluru tentera yang mengorbankan dua orang.
Republik Czech turut Russia menjadi dalang kejadian keracunan bekas perisik Russia, Sergei Skripal yang dikaitkan dengan kejadian letupan pada 2014.
Sementara itu, polis republik itu memaklumkan mereka mencari dua orang Russia dikenali sebagai Alexander Mishkin dan Anatoly Chepigov berdasarkan rakaman video dari laman web dan foto yang disiarkan selepas serangan Skripal.
Czech juga menyatakan pasangan itu membawa pasport yang digunakan oleh suspek dalam keracunan bekas ejen talam dua muka Russia, Sergei Skripal di Britain pada 2018.
Bagaimanapun, Russia semalam menyatakan tuntutan Czech itu tidak masuk akal dan mengumumkan 20 pegawai di pejabat kedutaan Republik Czech di Moscow diisytiharkan ‘persona non grata’ dan perlu meninggalkan negara itu hari ini.
Pengusiran itu dilancarkan setelah Duta Besar Republik Czech di Moscow, Vitezslav Pivonka, dipanggil oleh Kementerian Luar Russia dan mereka diarah meninggalkan negara kita selewat-lewatnya hari ini.