20 APRIL: Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 pada skala Richter melanda luar pantai barat utara Sumatera, Indonesia hari ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi itu dikesan berlaku pada jam 7.58 pagi.
Gegaran akibat gempa bumi itu, katanya, berlaku pada kedudukan 169 kilometer barat daya dari Nias, Indonesia dengan kedalaman 10km.
“Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia,” katanya