21 APRIL: Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga pusat beli-belah Suria KLCC di Kuala Lumpur hari ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu pada jam 1.52 tengah hari tadi.
“Saya mengesahkan kejadian itu membabitkan seorang lelaki yang terjatuh dari tingkat tiga pusat beli-belah berkenaan.
“Siasatan masih dijalankan dan sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Terdahulu, tular gambar di media sosial memaparkan seorang lelaki terbaring di aras bawah selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga pusat beli-belah terbabit.