21 APRIL : Satu penemuan terbaharu fosil dinosaur gergasi pemakan daun telah ditemui oleh sekumpulan pakar paleontologi di Chile.
Ketua Jabatan Paleontologi di Muzium Sejarah Alam Nasional Chile (MNHN), David Rubilar mengetuai pasukan yang terdiri daripada pakar Muzium Sejarah Alam Nasional Chile, Rangkaian Paleontologi Universiti Chile dan Makmal Dinosaur Universiti Nasional Argentina dalam penemuan fosil terbaharu itu.
Dinosaur yang digelar Arackar Licanantay itu dipercayai hidup di wilayah Atacama pada akhir zaman Cretaceous, iaitu 80 hingga 66 juta tahun lalu.
Arackar Licanantay merupakan nama yang diberikan suku kaum Orang Asli Kunza yang bermaksud ‘tulang Atacameno’.
Spesimen fosil itu milik herbivor berkaki empat yang berukuran sekitar 6.3 meter panjang itu didapati oleh para saintis masih berstatus remaja dan bagi Arackar Licanantay dewasa, ia dianggarkan mampu mencapai panjang 8 meter.
Dinosaur itu tergolong dalam keluarga Titanosaur tetapi unik kerana ciri-ciri pada tulang di bahagian belakangnya.
Seorang ahli geologi Carlos Arevalo merupakan individu pertama yang menemui tulang-temulang dinosour ini pada sekitar tahun 1990.
Arevalo menggali spesimen itu dengan pakar daripada National Geology and Mining Service, 75 kilometer selatan kota Copiapo di wilayah Atacama.