22 APRIL : Seorang lelaki yang dipercayai membekalkan senjata kepada penyerang yang memandu sebuah trak dan merempuh orang ramai di Nice, Itali pada 14 Julai 2016 mengakibatkan 86 orang terbunuh ditahan pihak berkuasa Itali hari ini.
Polis Itali menahan lelaki itu di Sparanise di selatan bandar Naples susulan waran dikeluarkan Perancis.
Lelak warga negara Albania yang hanya dikenali sebagai Endri E, berusia 28 tahun disyaki membekalkan senjata kepada Mohamed Lahouaiej Bouhlel, seorang lelaki Tunisia yang melakukan serangan pada Hari Bastille, hari cuti umum di Perancis.
Dalam serangan tersebut, Mohamad Lahaouaiej ditembak mati oleh pihak polis ketika memandu kenderaan berkenaan dalam insiden mengakibatkan kira-kira 400 orang awam cedera.
Insiden itu berlaku kurang setahun kejadian serangan maut di Bataclan pada November 2015 yang mengakibatkan 130 orang terbunuh akibat tembakan serta pengeboman di ibu negara Perancis.
Militan DAISH mengaku bertanggungjawab terhadap serangan di Nice, walaupun pendakwa raya berkata, tiada bukti menunjukkan Mohamed Lahouaiej melafazkan taat setia kepada kumpulan itu.