nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tindakan tegas diambil jika hina Agong di media sosial

22 APRIL: Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi amaran keras akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang mengeluarkan kenyataan  menghina Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menerusi media sosial.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata KDN sedang meneliti tindakan bersesuai bakal diambil terhadap individu berkenaan yang menyebar berita tidak benar termasuk menghina Yang di-Pertuan Agong.

Berikutan itu, Hamzah berkata pihak polis akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta agensi berkaitan bagi mengenal pasti dan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menyebarkan berita tidak benar terbabit.

“Sudah tentu polis akan bekerjasama dengan semua pihak lain terutama SKMM dalam menjalankan siasatan mengenai kes berkenaan kerana fake news terletak di bawah bidang kuasa mereka,” katanya ketika ditemui wartawan PNBBC selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Mengenai Pengurusan Pekerja Asing di Putrajaya, sebentar tadi.

Terdahulu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Mohd Yazid Mohd Yunus, menggesa pihak berkuasa segera mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang didapati menghina Yang di-Pertuan Agong dan institusi raja menerusi laman sosial.

Mohd Yazid berkata tindakan pihak yang menghina Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong serta keluarga Baginda melalui platform twitter dan lain-lain media sosial semakin berleluasa dan perkembangan itu amat membimbangkan.

“Bagi saya, perbuatan ini dilakukan oleh golongan berkepentingan yang mengambil peluang tidak menghiraukan adat dan adab dalam masyarakat kita. Malah, ada yang menggunakan akaun palsu kerana sengaja mahu menyerang institusi Istana.

“Saya juga kesal pembangkang dengan diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, DAP dan PKR seolah-olah mengambil peluang mahu menimbulkan perasaan marah rakyat terhadap institusi Raja Berperlembagaan. Sudah pasti ada kepentingan politik yang mereka kejar sehingga sanggup mengapi-apikan rakyat,” katanya.

Beliau berkata tuduhan bahawa ramai rakyat yang marah kepada institusi Istana langsung tiada fakta sokongan dan hanyalah tuduhan politik kosong sahaja.

“Walaupun disulami dengan perkataan “Ampun Tuanku”, mesej sebenar mereka seolah-olah mahu memperlekeh YDP Agong. Kepentingan institusi raja adalah jelas dan nyata termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Institusi ini adalah teras utama sistem pemerintahan negara kita. Institusi ini, terutama YDP Agong serta Raja Permaisuri Agong, perlu dilindungi dari hinaan, cemuhan dan ejekan melampau yang boleh membawa kerosakan kepada imej dan reputasinya.

“Justeru itu saya gesa supaya tindakan tegas diambil dengan menggabungkan semua agensi yang berkaitan untuk membanteras habis-habisan komen-komen yang tidak menghormati institusi Raja kita,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.