22 APRIL : Angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia akan turut terlibat dalam membantu mencari kapal selam milik Indonesia, KRI Nanggala 402 yang dilaporkan hilang di perairan utara Pulau Bali.
Menurut Ketua Pusat Penerangan TNI Mejar Jen. Achmad Riad, kapal TLDM, Mega Bakti dijangka tiba pada 26 April ini dalam usaha untuk membantu negara itu dalam misi pencarian kapal selam tersebut.
“Bantuan daripada pihak ketiga (negara luar dalam operasi mencari kapal selama itu), antaranya dari Singapura, berupa kapal Swift Rescue, kapal ini adalah kapal penyelamat kapal selam yang mengalami kendala (masalah) di bawah air.
“Swift Rescue dijangka tiba di lokasi pada 24 April. (manakala) Malaysia, kapal Rescue Mega Bakti, akan tiba pada 26 April,” katanya pada sidang media secara di Bali hari ini.
Selain Malaysia, tujuh negara lain iaitu Amerika Syarikat, Jerman, Perancis, Turki, India dan Australia juga menawarkan bantuan dalam pencarian kapal selam tersebut yang terputus hubungan selepas melakukan latihan penembakan torpedo semalam, ujarnya.