24 APRIL: Sebanyak 10 daerah di Sabah dilanda wabak demam babi Afrika (ASF) setakat ini, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan.
Beliau berkata, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah (JPVS) melaporkan jumlah itu membabitkan satu kes terbaharu yang dikesan di Nabawan, semalam.
Katanya, daerah lain yang dilanda wabak itu adalah Pitas, Kota Marudu, Beluran, Telupid, Kinabatangan, Sandakan, Lahad Datu, dan Tawau.
“Sejumlah 169 babi liar disahkan positif ASF pada 18 April lalu.
“Pihak kita sudah memusnahkan 398 ekor babi, manakala 535 ekor pula mati disebabkan penyakit demam.
“JPVS juga mengadakan 234 kempen kesedaran di 14 daerah yang bukan sahaja bertujuan mendidik orang awam mengenai penyakit terbabit, malah sebagai usaha kerajaan negeri mengelakkan ASF merebak ke daerah lain,” katanya dalam kenyataan, hari ini.