nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Perdana Menteri tidak akan guna dana KWAN secara semberono

24 APR: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tidak akan menggunakan dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) secara semberono sehingga menyebabkan pembaziran.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, beliau percaya kerajaan PN menetapkan pelbagai syarat ketat bagi membolehkan mereka menggunakan dana KWAN.

Wan Saiful berkata semua pihak juga perlu ingat kerajaan PN ini dipimpin oleh seorang Perdana Menteri yang sanggup hilang segala-galanya untuk pertahankan integriti.

“Jangan kita lupa bahawa Tan Sri Muhyiddin dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh Datuk Seri Najib Razak disebabkan beliau melawan korupsi dan kleptokrasi.

“Berikutan itu Datuk Seri Najib Razak (Perdana Menteri ketika itu) melantik Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk ambil alih jawatan Tan Sri Muhyiddin (sebagai Timbalan Perdana Menteri).

“Dengan latar belakang sebagai pejuang integriti dan kesungguhan melawan salah laku hingga sanggup dipecat, dihina, dan digantikan dengan orang lain, tidak mungkin Muhyiddin akan benarkan dana KWAN disalah guna seperti di zaman 1MDB dan SRC dulu.

“Sekarang ini adalah zaman baharu. Ini zaman integriti dan prihatin, bukan zaman rasuah untuk membina kekayaan diri dan kemewahan isteri dan kroni seperti dulu. Keutamaan hari ini ialah menjaga nasib rakyat dan kerajaan sanggup buat apa sahaja untuk pastikan rakyat terbela,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Berikutan itu, Wan Saiful menempelak sikap ‘flip flop’ ‘kluster merungut; yang menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap kebenaran diberikan kepada kerajaan untuk menggunakan dana KWAN bagi membeli vaksin dan menangani penularan wabak COVID-19.

Wan Saiful berkata beliau kesal dengan tindakan beberapa tokoh politik  yang mengepalai ‘kluster merungut’ berterusan merungut dengan alasan KWAN untuk masa depan.

“Akta KWAN ini tarikhnya ialah 1988. Sudah lebih 30 tahun. Kalau waktu krisis COVID-19 ini tak boleh digunakan, apa guna 30 tahun lepas kita wujudkan dana KWAN? ‘Masa depan’ yang dimaksudkan pada tahun 1988 itu ialah hari ini.

“Betulkah dana KWAN tidak pernah diguna langsung? Setakat saya tahu, ia pernah digunakan termasuklah untuk perkara. Ada yang tak berapa kecemasan pun. Menteri Kewangan pasti boleh senaraikan penggunaan dana KWAN sebelum ini cuma mungkin beliau tunggu masa yang betul saja untuk jawab tuduhan palsu ini,” katanya.

Bagaimanapun, Wan Saiful berkata topik pengeluaran dana KWAN ini adalah topik yang memang wajar dibincang secara rasional kerana ia membabitkan tabung yang sepatutnya untuk masa depan negara.

“Saya melihat isu KWAN ini sama seperti isu KWSP. Dana KWSP adalah simpanan kita sebagai individu untuk masa depan. Dana KWAN pula adalah simpanan negara untuk masa depan. Dalam situasi biasa, kedua-duanya adalah dana yang sepatutnya kita elak dari sentuh sebab matlamatnya ialah untuk masa depan.

Dalam pada itu, Wan Saiful berkata biarpun kerajaan benarkan penggunaan dana KWAN, tetapi ada syarat yang ketat untuk seimbangkan antara keperluan mendesak hari ini dengan tabungan untuk masa depan.

“Sebagai rakyat, kita berterima kasih kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang prihatin kerana benarkan kita keluarkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) walaupun kerajaan kenakan syarat.

“Sebab kita pun tahu bahawa kita perlu duit itu untuk belanja hari ini kerana kita mesti sara kehidupan hari ini, walaupun terpaksa belanjakan dana yang asalnya untuk masa depan. Itulah logiknya kenapa kita tuntut boleh keluarkan KWSP hari ini. Sekarang ini waktu yang luar biasa.

“Syarat yang dikenakan ialah penyelamat, tetapi kita terima syarat-syarat itu untuk elak salah guna. Syarat-syarat itu adalah untuk elak salah guna dana yang sebenarnya ialah untuk masa depan. Memang wajar ada syarat pun. Dana KWAN juga adalah dana masa depan. Itu memang kita tahu,” katanya.

Bagaimanapun, Wan Saiful berkata disebabkan sekarang era krisis yang memerlukan perbelanjaan luar biasa, maka diluluskanlah kebenaran untuk kerajaan belanja dana KWAN jika diperlukan.

“Dana berkenaan akan dibelanjakan hanya jika kita perlu dana itu pada hari ini walaupun asalnya KWAN – seperti KWSP – adalah untuk masa depan.

Logik pembenaran pengeluaran KWAN adalah sama dengan masa kita tuntut pembenaran pengeluaran KWSP dulu. Iaitu sekarang ini adalah waktu yang luar biasa untuk jaga rakyat.

“Bukan untuk kumpul berbilion ringgit untuk diri sendiri dan bukan untuk beli barang-barang mewah untuk isteri atau jaga kroni.

“Sebab itulah kita perlu berhati-hati membaca komen dari kluster merungut. Mereka ini bukan fikir mengenai rakyat. Mereka fikir apa yang mereka boleh rungutkan saja,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.