nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ahli politik mesti hormati, pertahankan Institusi Raja-Raja

25 APRIL: Ahli politik sewajarnya bertanggungjawab untuk lebih menghormati dan mempertahankan Institusi Raja-Raja, berbanding memenuhi agenda parti masing-masing, memandangkan sistem pemerintahan negara itu adalah badan bebas.

Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen, berkata Institusi Raja-Raja juga berperanan menjaga kedaulatan undang-undang dan kuasa pengimbang, justeru tidak wajar dikaitkan dengan isu atau ‘permainan’ politik.

“Institusi Raja-Raja adalah simbol ampuh, melambangkan identiti dan sifat perlembangaan serta undang-undang negara yang kita hormati.

“Namun kini, institusi terbabit diperlekehkan dan diperlecehkan pihak tertentu, malah mereka ini tidak sedikit pun berasa bersalah kerana mencemarkan imej serta peranan Yang di-Pertuan Agong, semata-mata untuk mencapai, selain memuaskan cita-cita politik dan agenda mereka,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Rafiq berkata, perbuatan menghina martabat, kedaulatan dan kuasa Institusi Raja-Raja yang membimbangkan itu, sangat tidak boleh diterima kerana dilakukan pemimpin serta wakil rakyat yang seharusnya menunjukkan ciri kepimpinan terbaik.

Lebih mengecewakan, katanya, apabila tingkah laku ahli politik yang menyedihkan itu pastinya ditiru orang awam, termasuk berleluasanya komen yang mengejek, menghina dan berniat jahat menerusi media sosial.

Beliau berkata, sekiranya ‘budaya’ itu berterusan, keadaan terbabit akan membawa kepada kebencian dan keruntuhan terhadap Institusi Raja-Raja serta Kedaulatan Undang-Undang di bawah Perlembagaan Persekutuan yang menjadi landasan penting untuk negara dicintai ini.

“Justeru, ahli-ahli politik yang bertanggungjawab mesti merenungkan keterlanjuran sikap mereka ini.

“Mereka mesti menghentikan ejekan, sindiran dan penghinaan terhadap Institusi Raja-Raja dengan serta-merta, selain tunjukkan contoh yang baik kepada rakyat,” katanya. –Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.