25 APRIL : Kes harian COVID-19 di Arab Saudi sebanyak 1,072 telah direkodkan dalam tempoh 24 jam sekaligus menjadikan angka jangkitan virus di negara itu kini sudah melepasi angka 1,000.
Sementara itu, sembilan lagi kematian akibat komplikasi COVID-19 direkodkan dalam tempoh sama, jelas Kementerian Kesihatan Arab Saudi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negara itu berjumlah 411,263 manakala kes kematian meningkat kepada 6,887 kematian.
Kementerian itu turut melaporkan 858 kes pulih semalam, menjadikan jumlah yang bebas daripada virus berkenaan sebanyak 394,529 kes.
Wilayah Riyadh merekodkan jumlah kes tertinggi dengan 447 diikuti Makkah (236) dan wilayah Timur (164)
Menurut kementerian, terdapat 9,847 kes aktif dan 1,224 kes kini dalam keadaan kritikal.