nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Oksigen KRI Nanggala 402 bertahan 5 lima hari jika ada bekalan elektrik

25 APRIL: Bekalan oksigen kapal selam Indonesia, KRI Nanggala 402, yang hilang bersama 53 kelasi di perairan Bali, sejak Rabu lalu, mungkin mencukupi untuk tempoh lima hari sekiranya kapal selam berkenaan tidak terputus bekalan elektrik.

Ketua Turus Tentera Laut Indonesia, Laksamana Yudo Margono, berkata bagaimanapun, beliau tidak dapat mengesahkan adakah berlaku gangguan bekalan elektrik itu ketika kapal selam buatan Jerman berkenaan mula menyelam pada Rabu.

“Jika tidak terputus bekalan tenaga atau masih memiliki kapasiti elektrik, bekalan oksigen akan mencukupi untuk lima hari.

“Semalam, saya maklumkan enjin dan tenaga elektrik kapal selam masih berfungsi, beberapa petanda boleh didengari Komando Pasukan Katak (KOPASKA) yang sedang mencarinya pada kedudukan 50 meter daripada kapal selam itu,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Berdasarkan maklumat itu, Yudo memaklumkan beliau berharap KRI Nanggala 402 tidak terputus bekalan elektrik kerana apabila gangguan itu berlaku, bekalan oksigen akan kehabisan dalam tempoh tiga hari.

Hubungan dengan KRI Nanggala 402 yang membawa 53 kelasi itu terputus ketika kapal selam berkenaan sedang menjalani latihan ketenteraan menggunakan torpedo tidak jauh dari pulau percutian Bali.

Misi pencarian kapal selam berkenaan difokuskan di sembilan lokasi di utara perairan Bali, kira-kira 40 kilometer dari pesisir Celukan Bawang di daerah Buleleng, selepas anggota pencarian menemukan tumpahan minyak serta mengesan daya magnetik kuat kira-kira 50 hingga 109 meter dari aras laut.

Tentera Indonesia mengerahkan 21 kapal perang, termasuk memiliki keupayaan pengesanan sonar, antaranya KRI Rigel-933, KRI Rimau-724, dan kapal selam KRI Alugoro-405.

Beberapa negara turut menggerakkan aset masing-masing untuk misi mencari dan menyelamat itu, termasuk MV Mega Bhakti dari Malaysia, MV Swift Rescue (Singapura), HMAS Ballaratand HMAS Sirius (Australia), SCI Sabarmati (India), dan pesawat Poseidon (Amerika Syarikat).

Polis Indonesia serta Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) juga menggerakkan kapal, kenderaan dalam air kawalan jauh (ROV) dan dron untuk misi pencarian berkenaan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.