nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

IDN tidak akan ganti MyKad

26 APRIL: Kerajaan bersetuju melaksanakan Identiti Digital Nasional (IDN) sebagai platform pengesahan identiti pengguna semasa melaksanakan transaksi secara digital dengan lebih berkesan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata IDN disasarkan kepada warga tempatan dan penduduk tetap Malaysia, selain memanfaatkan sektor awam dan swasta.

Beliau bagaimanapun menegaskan, pelaksanaan IDN tidak akan menggantikan MyKad secara fizikal sebagai dokumen pengenalan diri utama.

“Sehingga Mac 2021, lebih 30 juta data peribadi berada dalam simpanan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), justeru, kerajaan bersetuju melaksanakan inisiatif IDN.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui JPN diberi peranan besar sebagai agensi peneraju dalam pelaksanaan inisiatif terbabit yang pertama seumpamanya,” katanya ketika berucap pada Pelancaran JPN eServices secara maya, hari ini.

Hamzah berkata, transaksi atas talian menggunakan IDN lebih selamat dan menyakinkan kerana membabitkan sistem biometrik kompleks, seperti 10 cop jari, pengecaman wajah dan sistem iris.

Daripada aspek ekonomi, katanya, IDN adalah antara elemen teras pertama Pelan Tindakan Ekonomi Digital Malaysia yang memacu pertubuhan ekonomi negara.

Selain itu, Hamzah berkata, pelaksanaan IDN adalah selari dengan aspirasi kerajaan bagi memperkasakan usaha pendigitalan perkhidmatan yang berteknologi dan berkapasiti tinggi.

“Pada masa sama, IDN akan memperkukuhkan lagi ciri keselamatan MyKad fizikal dan menjadi kaedah baharu dalam usaha kerajaan membanteras sindiket penghasilan kad pengenalan palsu.

“Insya-Allah pada masa akan datang, anggota penguat kuasa dapat mengenal pasti dengan lebih baik dan pantas mana-mana individu yang didapati mengeluarkan atau memegang MyKad palsu,” katanya.

Katanya, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil mengikut lunas perundangan negara terhadap mana-mana pihak yang didapati terbabit dalam sindiket berkenaan. Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.