26 APRIL : Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia meminta penjelasan kerajaan dalam isu pemberian suntikan vaksin COVID-19 kepada pengamal media yang menjadi sebahagian daripada petugas barisan hadapan.
Presidennya, Farah Marshita Abdul Patah berkata, NUJM juga kesal dengan laporan bahawa terdapat kakitangan sebuah organisasi media swasta tertentu dipercayai sudah menerima suntikan vaksin COVID-19, Sinovac yang diberikan secara ‘senyap-senyap’.
Beliau berkata, NUJM berpandangan perkara itu secara tidak langsung memperlihatkan wujud ketidak tirisan dalam soal ini, apatah lagi kebanyakan media portal dan media di bawah NUJM masih menunggu lampu hijau daripada pihak kerajaan.
“Untuk makluman, pihak NUJM sudah menghantar dan menyerahkan senarai nama pengamal media sejak Mac lalu.
Bagaimanapun, sehingga sekarang masih menunggu jawapan daripada pihak berkenaan.
“Dalam situasi negara masih bergelut dengan penularan wabak Covid-19 ditambah peningkatan kes baharu setiap hari, adalah wajar pengamal media mendapat suntikan vaksin ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurut Farah Marshitah, pengamal media sudah diiktiraf sebagai petugas barisan hadapan sama seperti badan beruniform lain disebabkan tuntutan kerja yang perlu berada di lapangan pada setiap masa.
Justeru, NUJM mahu pihak Kemeterian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius perkara ini dengan menyegerakan suntikan vaksin kepada pihak media