nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Anwar persoal tindakan polis panggil beri keterangan

26 APRIL: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa tindakan polis memanggilnya untuk memberi keterangan berhubung kes rakaman audio pembualan antara individu mirip suaranya dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Bukit Aman, hari ini adalah bersifat politik.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang, mendakwa tindakan polis memanggilnya memberi keterangan mengikut Seksyen 505 B Kanun Keseksaan ke Bukit Aman membuktikan kerajaan terlalu terdesak menjadikan perkara itu sebagai isu politik.

“Soalnya saya tak tahu kes rasuah mana, kes ugutan mana, kes jenayah mana, tetapi saya beri kerjasama dan saya beritahu kalau ada pendakwaan saya akan beri keterangan lengkap.

“Apa kaitan (memberi keterangan) dengan kemelesetan ekonomi, kegawatan politik dan penyalahgunaan kuasa yang ada sekarang,” soalnya ketika ditemui pemberita selepas memberi keterangan kepada polis di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di Kuala Lumpur hari ini.

Pada 7 April lalu, tular satu klip audio perbualan yang mirip suara Zahid dan Anwar, membincangkan prestasi pertama dalam perhimpunan agung UMNO, baru-baru ini.

Melalui audio berdurasi empat minit 17 saat itu, turut kedengaran suara mirip Anwar memuji ucapan Ahmad Zahid pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) menerusi panggilan telefon.

Menerusi rakaman sama, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson dikatakan mengakui tidak mengikuti PAU secara dekat selama 22 tahun.

Dalam perbincangan itu juga disebutkan terdapat keperluan untuk mengadakan mesyuarat luar biasa Majlis Tertinggi Umno untuk memberi mandat kepada presiden bagi membuat keputusan untuk meninggalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN). 

Terdahulu, media melaporkan Anwar dipanggil ke Bukit Aman bagi memberi keterangan berhubung rakaman audio dikatakan perbualannya dengan Presiden UMNO, yang tular di media sosial baru-baru ini.

Anwar tiba di Bukit Aman jam 9 pagi ini dengan ditemani peguamnya, Sankara N Nair.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.