nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Turun naik kes COVID-19 ditentukan pematuhan SOP masyarakat

27 APRIL: Pertambahan kes baharu COVID-19 dan kesukaran melandaikan pandemik itu di Malaysia, berpunca daripada ketidakpatuhan masyarakat terhadap prosedur operasi standard (SOP) secara konsisten ditetapkan pihak berkuasa.

Keadaan pandemik itu menjadi lebih sukar dihentikan apabila majoriti masyarakat seolah-olah tidak memahami peranan masing-masing berhubung apa boleh dan tidak boleh dilakukan sebagai rakyat bagi membantu kerajaan mengekang penularannya, seterusnya mengurangkan jumlah kes harian.

Pakar Kesihatan Awam di Hospital Columbia, Dr Hanafiah Bashirun, berkata sekiranya masyarakat tidak mengingkari SOP dan benar-benar menuruti apa dinasihatkan, kes COVID-19 boleh dihentikan dan luput daripada Malaysia dalam tempoh singkat.

“Saya sangat kecewa kerana walau bagaimana kerajaan dan pihak berkaitan mengiklankan kepentingan mematuhi SOP COVID-19, selain pelbagai kempen pencegahannya diuar-uarkan di media hampir setiap hari, pemahaman mudah ini tetap gagal diikuti masyarakat.

“Paling jelas kita boleh nampak sekarang adalah situasi di bazar ramadan yang menyaksikan pengunjung dan penjual tidak benar-benar mengikut SOP menangani COVID-19 ditetapkan kerajaan.

“Malah, seolah-olah menjadi ‘tabiat’ masyarakat kita gemar melanggar SOP ditetapkan kerajaan dan tidak tahu menghargai apabila sudah dibenarkan melakukan sesuatu aktiviti, seperti beberapa kes sebelum ini, contohnya lonjakan kes apabila rentas negeri dibenarkan serta terkini, isu pertambahan kes akibat penganjuran bazar Ramadan,” katanya ketika dihubungi PN BBC Portal.

Dr Hanafiah berkata, melihatkan kepada ‘tabiat’ masyarakat itu, sewajarnya Kementerian Kesihatan (KKM) tidak membenarkan rentas negeri ketika sambutan hari raya seperti diumumkan Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba sebelum ini.

“Tindakan Menteri ini, tepat kerana fasiliti KKM, seperti kelengkapan, ventilator, katil, pusat kuarantin dan staf tidak mencukupi untuk menampung jumlah pesakit COVID-19 ramai pada satu masa.

“Malah, keputusan kerajaan melaksanakan darurat dan terlalu berhati-hati ketika ini bertujuan memastikan kes tidak naik secara mendadak, selain kita boleh mengawal selia pesakit yang memerlukan rawatan, termasuk menggunakan fasiliti hospital swasta untuk menempatkan mereka,” katanya.

Ditanya kewajaran pengoperasian acara tumpuan masyarakat, termasuk bazar ramadan ditutup atau dihentikan, Dr Hanafiah berkata, tindakan itu tidak perlu dilakukan memandangkan peniaga sudah mengeluarkan modal dan membuat persiapan rasmi, selain menggerakkan pusingan ekonomi.

Sebaliknya, beliau menegaskan, satu sistem sistematik perlu disediakan penganjur dan peniagan, seperti mengehadkan jumlah semasa individu, memberikan nombor giliran, penggunaan bayaran tanpa tumai, membuat tempahan awal melalui aplikasi whatsapppakai atau kos tindak balas cepat (Kod QR).

Mengulas lanjut, Dr Hanafiah berkata, masyarakat perlu menerapkan dalam fikiran mereka bahawa kepentingan pematuhan SOP adalah bertujuan melindungi diri mereka dan keluarga, bukan disebabkan risau dikompaun.

“Memang lah ada orang kata mati itu pasti, tapi kita perlu fikir jika mati disebabkan kejadian tidak diundang, contoh serangan jantung dan kemalangan, itu memang tidak dapat dijangka, namun sekiranya mati disebabkan COVID-19 yang sebenarnya boleh dielakkan melalui pematuhan SOP, macam tidak berbaloi langsung.

“Mungkin kita selamat apabila dijangkiti COVID-19, tetapi jika keluarga, ibu bapa kita yang berada dalam kumpulan berisiko terkena virus ini dan meninggal dunia, tidakkah kita rasa sangat bersalah kerana disebabkan benda tidak berbaloi kita lakukan, mengundang kematian kepada mereka, pastinya penyesalan tanpa kesudahan akan menghantui kita,” katanya.

Selain itu, Dr Hanafiah berkata, ’kunci’ bagi menghentikan pandemik itu walau sekuat mana versi virusnya adalah masyarakat perlu benar-benar mematuhi SOP pada setiap masa seperti dinasihatkan pihak berkuasa.

“Peningkatan atau penurunan kes harian COVID-19, selain pemutusan rantaian jangkitan pandemik ini terletak di tangan masyarakat sendiri, jadi mereka kena ada rasa tanggungjawa sosial tinggi.

“Apa kita mahukan adalah kebebasan seperti kita ‘bising-bising’, termasuk merentas negeri dan melancong, justeru bagi mendapatkannya, kita kena bekerjasama dengan semua pihak dan pengamal perubatan,” katanya. Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.