28 APRIL : Seramai 16 kanak-kanak dan dua guru cedera apabila seorang lelaki yang tidak dikenali menyerang sebuah tadika dengan sebilah pisau di wilayah autonomi Guangxi selatan China.
Kejadian yang berlaku di bandar Beiliu kira-kira pukul 2 petang waktu tempatan itu juga menyebabkan dua daripada 16 kanak-kanak yang cedera itu berada dalam keadaan kritikal.
Polis telah menahan suspek, yang dikenal pasti sebagai penduduk tempatan berusia 24 tahun.