28 APRIL – Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dalam satu pekeliling kepada 30 pengetua dan guru besar sekolah mengarahkan penutupan sekolah tersebut selama dua hari bermula hari ini.
Menurut laporan portal Malaysiakini, penutupan bagi membolehkan ujian saringan kontak rapat dan penilaian risiko dijalankan oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).
JPNS juga meminta sekolah berkenaan melakukan pembersihan serta sanitasi dalam tempoh penutupan itu.
Pihak sekolah juga diminta berbincang dengan PKD serta pegawai pendidikan daerah pada hari pertama penutupan untuk menentukan jika penutupan sekolah perlu dilanjutkan.
Kenyataan itu turut menyebut guru dan pelajar perlu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) buat masa ini.
Senarai sekolah yang ditutup sementara di Selangor:
Klang: SJKC Perempuan, SJKC Tshing Nian, SJKC Ying Wah, SMK Tengku Ampuan Jemaah, SK Klang,
Kuala Selangor: SMK Raja Muda Musa, SJKC Chung Wah, SK Sungai Burung
Sepang: SMK Putra Perdana, SMK Cyberjaya, SK Sungai Rawang
Petaling Perdana: SMK Bandar Puchong Jaya A, SK Setia Alam, SJKC Shin Cheng (Harcroft), SMK Puchong Perdana, SK Pusat Bandar Puchong 2, SMK Seri Kembangan, SJKC Yak Chee
Gombak: SK Sg Pelong, SK Hulu Klang
Petaling Utama: SJKC Damansara, SJKC Sungai Buloh, SMK Kelana Jaya Hulu Langat: SK Sungai Ramal Dalam, SK Bukit Raya, SK Dusung Nanding, SJKC Batu Sebelas, SJKT Ladang Rinching, SK Desa Baiduri, SK Bandar Baru Bangi