28 APRIL: Seramai 1,500 Petugas media yang menganggotai Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) dan Persatuan Wartawan Sarawak dan Sabah bakal menerima vaksin COVID-19, bulan depan.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata suntikan diberikan selepas pihaknya menerima senarai nama petugas media terbabit.
“Kami terima senarai 1,500 petugas media bawah NUJ dan Persatuan Wartawan Sarawak dan Sabah. Kita mula vaksinasi kepada petugas media pada Mei,” katanya pada sidang media mingguan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19, hari ini.
Sebelum ini Khairy dilaporkan berkata, kerajaan bersetuju meletakkan pengamal media dalam senarai keutamaan menerima vaksin COVID-19, tertakluk kepada bekalan vaksin.