nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KBS teruskan usaha libat urus Undi 18

29 APRIL: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan terus melaksanakan program dan libat urus bersama golongan belia berhubung cadangan pelaksanaan Undi 18.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata langkah berkenaan bagi menyatakan komitmen KBS untuk terus memastikan soal perluasan lantai demokrasi menjadi kesepakatan yang dicapai antara kerajaan dan anak muda.

Reezal menegaskan isu usia kelayakan usia mengundi 18 tahun adalah antara topik yang sering diutarakan dalam pelbagai sesi libat urus membabitkan kumpulan belia sebelum ini.

“Justeru kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, mengenai tindakan segera yang akan diambil Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuktikan komitmen kerajaan untuk melaksanakan Undi 18 menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Ketetapan ini adalah hasil perbincangan dan pandangan balas dikemukakan Jemaah Menteri yang sentiasa menyokong bagi memastikan pindaan Perlembagaan yang dibuat pada 2019 dapat dilaksanakan seperti mana dihasratkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Media hari ini melaporkan Takiyuddin mengesahkan SPR akan mengambil langkah segera bagi menyelesaikan beberapa perkara berhubung peruntukan undang-undang tertentu ke arah pelaksanaan usia kelayakan mengundi 18 tahun.

Takiyuddin dalam kenyataannya berkata antara perkara perlu dilakukan oleh SPR adalah dari aspek teknikal dengan mengemas kini sistem perisian komputeranya.

Sementara itu Reezal Merican berkata, usia kelayakan mengundi 18 tahun adalah soal asas sebuah negara demokrasi dan dipersetujui hampir semua Ahli Parlimen sebelum diluluskan pada 16 Julai 2019.

Beliau berkata keputusan bipartisan yang besar dan selaku Menteri Belia dan Sukan, beliau menyokong pindaan Perlembagaan Persekutuan sebagai blok pembangkang ketika itu.

“Sudah semestinya saya ingin melihat ia terlaksana seperti mana jajaran masa yang ditetapkan. Penguatkuasaan usia kelayakan mengundi 18 tahun ini akan memberi hak asasi warganegara kepada lebih 1.2 juta belia berusia 18 hingga 20 tahun.

“Selagi mereka mempunyai tanggungjawab terhadap undang-undang, kita harus memberikan hak mereka secara saksama,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.