29 APRIL: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah disahkan positif COVID-19, malam tadi.
Menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Menteri, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), susulan keputusan ujian saringan itu, Saifuddin akan menjalani tempoh kuarantin mengikut saranan dan pemantauan rapi Kementerian Kesihatan (KKM).
Katanya, buat masa ini, Saifuddin sedang menjalani kuarantin di rumah, sementara menunggu kemasukan ke wad.
“Sepanjang tempoh rawatan dan kuarantin, Saifuddin akan terus memantau dan memastikan segala urusan kementeriannya berjalan dengan lancar.
“Saifuddin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesembuhan beliau dan memohon maaf di atas kesulitan timbul akibat daripada situasi ini,” menurut kenyataan itu, hari ini.