29 APRIL: Kes baharu COVID-19 di Malaysia terus mencatatkan angka melebihi 3,000 kes sejak semalam apabila merekodkan 3,332 kes hari ini.
Selangor dilaporkan sebagai negeri tertinggi dijangkiti pandemik itu dalam tempoh seminggu berturut-turut dengan merekodkan 1,083 kes baharu hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sebanyak 3,332 kes baharu pandemik itu dilaporkan hari ini, jumlah kes kumulatif COVID-19 di Malaysia setakat ini adalah 404,925.
“Negeri lain yang turut mencatatkan kes baharu tinggi hari ini, adalah Sarawak dengan 522 kes, diikuti Kelantan (401), Kuala Lumpur (359), Johor (207), Pulau Pinang (158), Sabah (131), Negeri Sembilan (111) dan Kedah (105).
“Pahang mencatatkan kes baharu sebanyak 92 kes, selain Perak (91), Melaka (43) dan Terengganu (19).
“Dua negeri, Putrajaya dan Perlis mencatatkan kes satu angka, iaitu masing-masing 9 kes dan 1 kes, manakala Labuan tidak merekodkan sebarang kes baharu,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasminya, hari ini. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN