nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

22 bazar Ramadan di tujuh negeri diarah tutup

30 APRIL: Operasi perniagaan di 22 bazar Ramadan di tujuh negeri di Semenanjung, diarah tutup mulai esok, susulan penularan COVID-19 dalam kalangan pengunjungnya.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), mengeluarkan arahan itu kepada 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri terbabit menerusi memo, hari ini.

Kandungan utama memo membabitkan arahan penutupan bazar Ramadan di kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berdasarkan keputusan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Rabu lalu.

“KPKT menerima laporan daripada ‘Hotspot Identification by Dynamic Engagement (HIDE), Bank Negara yang mengesan ancaman penyebaran jangkitan COVID-19 di kawasan bazar Ramadan.

“Ancaman penyebaran ini adalah hasil pengesanan kontak dilaksanakan Kementerian Kesihatan (KKM) melalui aplikasi MySejahtera,” katanya.

“Sehubungan itu, PBT diarahkan menutup operasi 22 bazar Ramadan di Johor, Kedah, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Selangor, dan di Kuala Lumpur, berkuat kuasa esok kerana dikenal pasti sebagai kawasan berisiko tinggi,” menurut memo itu.

Penutupan operasi itu membabitkan empat bazar Ramadan di Johor, iaitu Bazar Ramadan Belatuk Taman Scientex (Pasir Gudang), Bazar Ramadan Kampung Pasir Jalan Mata Kuching dan @Mart, Kempas (Johor Bahru) dan Bazar Ramadan Lok Heng (Kota Tinggi).

Di Kedah, bazar Ramadan diarah ditutup itu adalah Bazar Ramadan Taman Selasih (Kulim), Bazar Ramadan Baling 2021 dan Kupang 2021 (Baling), manakala Pahang membabitkan Bazar Ramadan Lurah Semantan dan Bazar Ramadan Temerloh Jaya yang kedua-duanya di Temerloh.

Di Perak, hanya satu bazar diarahkan tutup, iaitu Bazar Ramadan Bazar Nenas Kampung Selabak di Teluk Intan.

Lapan bazar Ramadan di Pulau Pinang yang diarahkan tutup adalah Bazar Ramadan MPKK Jalan Tenggiri; Attakwa Taman Bertam Indah; Kampung Melayu; Masjid Daerah Barat Daya dan Bazar Ramadan Jalan Berangan Bukit Bintang 2021, selain Bazar Ramadan Bukit Gedung dan Taman Tun Sardon.

Bagi Selangor, arahan penutupan itu membabitkan bazar Ramadan di Pusat Sementara Penjaja/Bazar Ramadan Puncak Jalil (Subang Jaya) dan Bazar Ramadan Stesen LRT Cempaka (Ampang Jaya).

Di Kuala Lumpur pula, bazar terbabit adalah Bazar Ramadan Taman Setiawangsa dan Bazar Iftar Ramadan Jalan Raja Alang.

Sementara itu, KPKT dijangka mengeluarkan satu pengesahan berhubung memo terbabit yang tular di media sosial, hari ini dalam tempoh terdekat.- Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.