nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sindiket penipuan saham geng Chao Jin Dang tumpas

30 APRIL : Satu sindiket penipuan pelaburan saham dalam talian didalangi kumpulan dikenali ‘Chao Jin Dang’ berjaya ditumpaskan polis, berikutan penahanan 14 individu, termasuk 10 rakyat tempatan dan empat warga China berusia 19 hingga 27 tahun di sekitar Lembah Klang, kelmarin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil( JSJK) Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob, berkata dalam serbuan berkenaan polis turut merampas 61 telefon bimbit, 13 komputer riba, satu unit komputer dan satu ‘router’ (penghala) Wi-Fi (akses internet).

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati sindiket itu yang aktif sejak Februari lalu menggunakan sebuah rumah sebagai pusat panggilan aktiviti pelaburan didaftarkan di bawah syarikat Chao Jin Dang berpangkalan di China.

“Sindiket itu menyasar rakyat China sebagai mangsa. Bagi mencari pekerja atau ahli sindiket baharu, pihak sindiket akan memaparkan iklan mencari pekerjaan melalui laman sosial Facebook.

“Ahli baharu akan ditemuduga dan diberi latihan selama dua hingga empat minggu sebelum dihantar ke pusat khidmat pelanggan (pusat panggilan).

“Pekerja pusat panggilan itu menerima gaji RM2,500 hingga RM3,000, selain sindiket itu menjadikan beberapa kondominium sekitar ibu negara sebagai hostel pekerja,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Zainuddin berkata, tugas pekerja terbabit adalah mendapatkan mangsa untuk terbabit skim pelaburan kononnya dalam saham Dong Fang Chai Fu yang didapati wujud di China.

Katanya, mangsa yang percaya kemudian akan diberikan akses untuk melabur di laman sesawang disediakan sindiket.

“Bagi menarik perhatian mangsa, jumlah keuntungan tinggi ditawarkan bagi pelaburan terbabit kepada mangsa.

“Namun setelah pelaburan dibuat, pelbagai alasan diberikan bagi mengelak pembayaran keuntungan hingga akhirnya mangsa tidak dapat menghubungi sindiket itu,” katanya.

Semua suspek direman sehari berakhir semalam, mengikut Seksyen 420 dan 120 (b) Kanun Keseksaan, selain Akta Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFPUAA 2001) serta Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/1963.

Zainuddin mengingatkan orang awam supaya tidak mudah terpedaya dengan skim pelaburan dalam talian terutama yang menjanjikan pulangan lumayan.

“Masyarakat boleh mendapatkan maklumat sahih daripada sumber rasmi seperti semak ‘mule’ (laman sesawang https://ccid.mp.gov.my/semakmule), Bank Negara Malaysia (BNM),Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Mereka juga boleh hubungi CCID Scam Response Centre (pusat panggilan sehenti JSJK) di talian 03 26101559 dan 03 26101599 untuk pertanyaan lanjut,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.