1 MEI : Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Jen Psaki semalam mengumumkan Amerika Syarikat (AS) akan menyekat kemasukan dari India, bermula minggu depan ekoran peningkatan penularan COVID-19 di negara itu.
Menurutnya, keputusan tersebut dibuat atas nasihat Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit.
“Pihak pentadbiran akan menyekat kemasukan dari India.
“Ia susulan peningkatan angka jangkitan COVID-19 yang luar biasa dan perebakan pelbagai varian di India,”ujarnya menerusi satu kenyataan.
Jelas Jen Psaki, sekatan tersebut akan berkuat kuasa mulai 4 Mei ini.