3 MEI: Kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), terus mencatatkan peningkatan apabila seramai 519 individu ditahan, semalam.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata daripada jumlah itu, seramai 508 individu dikompaun, manakala 11 direman.
Katanya, kesalahan paling tinggi adalah gagal merekod butiran diri dan daftar masuk premis, iaitu seramai 207 individu.
“Aktiviti pusat hiburan pula merekodkan sebanyak 60 kesalahan, diikuti tidak memakai pelitup muka.
“Manakala, lain-lain kesalahan merekodkan 130 kesalahan,” katanya dalam kenyataan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), hari ini. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN