nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan perluas tawaran program AstraZeneca secara sukarela

3 MEI: Kerajaan akan memperluaskan program pemberian vaksin AstraZeneca secara sukarela di seluruh negara, sebaik dos tambahan imunisasi itu tiba di Malaysia.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, berkata perluasan program vaksinasi itu juga akan turut mengambil kira individu di kawasan tiada akses internet atau berdepan kekangan untuk mengakses laman sesawang sistem pendaftarannya.

Katanya, keputusan memperluaskan program pemberian AstraZeneca itu adalah berdasarkan sambutan menggalakkan diterima pada kali pertama tawaran terbabit dibuka, semalam, menyaksikan kesemua 268,800 slot pendaftaran janji temu untuk mendapatkan dos berkenaan, penuh dalam tempoh kurang empat jam.

Beliau berkata, Jawatankuasa Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) menjangkakan sejumlah 1.1 juta dos tambahan AstraZeneca yang ditempah kerajaan daripada fasiliti COVAX akan tiba Mei ini, manakala selebihnya dibawa masuk secara berperingkat selepas itu.

“Program pertama vaksin AstraZeneca dibuka semalam adalah hanya untuk Selangor dan Kuala Lumpur, tetapi saya menyedari tawaran itu memberi cabaran kepada mereka yang tidak mempunyai akses kepada internet dan laman sesawang dinyatakan.

“Justeru, di masa depan, kami akan mengambil kira mereka yang tidak mempunyai akses berkenaan dan akan mendekati klinik komuniti bagi memastikan vaksin ini dapat ditawarkan secara sukarela serta meluas,” katanya pada sidang media mingguan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF), hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Khairy berkata, tawaran secara sukarela dan terbuka bagi vaksin AstraZeneca dibuat kerajaan, selepas kira-kira 8,000 individu yang mendaftar di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), membatalkan pendaftaran masing-masing selepas mengetahui AstraZeneca antara vaksin ditawarkan.

Tawaran itu juga, katanya, dibuat apabila semakin ramai bertindak membatalkan pengambilan vaksin, selain segelintirnya tidak hadir ke pusat pemberian vaksin (PPV) untuk menerima imunisasi.

“Bagaimanapun, selepas kerajaan mengumumkan pemberian AstraZeneca dilakukan secara sukarela, kami mendapati sehingga 80 peratus individu yang membatalkan pendaftaran, kembali mendaftar semula melalui PICK.

“JKJAV juga akan menilai semua pembatalan itu secara terperinci dan laporan berhubung perkara ini akan diumumkan kelak,” katanya. -Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.