nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Penerbangan dari India hanya kargo, bukan bawa penumpang

3 MEI: “Semua penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dari India yang menjadi tular di media sosial hanya membawa kargo, bukan penumpang,” tegas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata perkara itu adalah selari dengan arahan kerajaan selepas Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang hanya membenarkan penerbangan kargo dari negara itu memasuki Malaysia, berkuatkuasa 28 April lalu.

Katanya, arahan itu turut merangkumi semua penerbangan penumpang dari dan ke India adalah dilarang beroperasi di Malaysia pada masa ini.

Ka Siong berkata, penerbangan pesawat penumpang juga hanya digunakan untuk membawa muatan yang kebanyakannya adalah barangan farmasi, ubatan, telefon bimbit, komponen elektrik dan bungkusan kurier.

“Mengubah penerbangan penumpang kepada kargo bukanlah sesuatu yang baharu (P2C penumpang-ke-kargo) dan dipraktikkan MAB selama berbulan-bulan, sebelum ini susulan berlakunya pandemik COVID-19.

“Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), MAS Kargo di bawah kendalian Malaysia Airlines Berhad (MAB) dan Suruhanjaya Penerbangan Awam (MAVCOM) juga sudah mengesahkan fakta ini.

“Semakan dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut mengesahkan bahawa kes seorang pemegang pas pekerja asing warga India yang memasuki Malaysia adalah berlaku lebih awal, iaitu pada 10 April,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ketika ini tular di media sosial berhubung tujuh penerbangan dari India mendarat di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), walaupun kerajaan memaklumkan pesawat antara dua negara, tidak dibenarkan.

Perkara itu menimbulkan kegusaran ramai, terutama selepas kes pertama varian COVID-19 dari negara itu dengan mutasi berganda dikenali sebagai B.1.617.1 di kesan di Malaysia.

Mengulas lanjut, Ka Siong berkata, pelancong bukan Malaysia dari India juga tidak dibenarkan memasuki atau transit di Malaysia pada masa ini.

Bagaimanapun, katanya, pengecualian akan diberi kepada warganegara Malaysia yang memasuki Malaysia dari India tanpa melalui imigresen dan kastam.

Semua kru, iaitu juruterbang, jurutera dan kabin, pula katanya, perlu tetap berada di atas kapal dan MAB melarang mana-mana kakitangan penyelenggaraan pesawat dari India, memasuki kapal terbang berkenaan.

“Bagi pekerja asing yang memegang pas lawatan kerja sementara, pekerja perniagaan dan pelajar antarabangsa dari India, mereka juga akan dihalang memasuki Malaysia tertakluk kepada arahan hasil mesyuarat MKN.

“Bagi warganegara Malaysia, iaitu pelajar dan pekerja, keluarga mereka dan pasangan bukan warganegara Malaysia yang pulang ke negara ini dari India dibenarkan masuk dengan kuarantin mandatori 14 hari di pusat ditetapkan,” katanya.

Selain itu, Ka Siong berkata, hasil mesyuarat MKN yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu sudah dimaklumkannya secara peribadi menerusi perjumpaan secara maya pada hari sama kepada semua pihak berkepentingan.

“Walaupun saya sangat kesal dengan penyebaran beberapa maklumat yang salah mengenai status penerbangan ini, saya memberi jaminan kepada rakyat bahawa kerajaan begitu prihatin dan peka dengan situasi di negara seluruh dunia, selain sentiasa mengambil langkah terbaik diperlukan,” katanya. Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.