nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ada usaha terancang tanam kebencian terhadap kerajaan

4 MEI : Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa tidak menolak kemungkinan wujudnya usaha terancang untuk menanam kebencian terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN). 

Annuar berkata, ini kerana banyak berita-berita palsu yang disebarkan secara meluas terutamanya ketika negara berdepan dengan wabak Covid-19.

“Kerajaan perlu mengambil perhatian mengenai perkara ini dan kita nak beritahu bahawa kita sedar ada usaha yang agak terancang untuk menanamkan kebencian kepada kerajaan.

“Kita tahu perkara itu dilakukan secara agak tersusun maka kalau sekiranya kerajaan tidak punya keupayaan untuk membuat penjelasan dalam masa yang pantas dan dengan cara yang berkesan maka kerajaan akan menerima akibatnya, “katanya kepada media selepas Program Prihatin Ramadan 2021 di Perbadanan Putrajaya, malam tadi. 

Annuar berkata demikian ketika ditanya mengenai amalan kerajaan yang disifatkan mengamalkan dua darjat lebih-lebih lagi dalam hal-hal berkaitan pandemik COVID-19. 

Oleh kerana itu, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh memberitahu kerajaan memandang serius perkara ini dan satu Jawatankuasa (Committee) telah dibentuk di peringkat menteri dan akan mengambil tanggungjawab memperbaiki keadaan itu.

“Kita sedar mesej yang benar itu lebih lambat sampai kepada rakyat, jadi itu tidak seimbang antara penyebaran dan penularan berita palsu berbanding dengan fakta sebenar,” katanya. 

Dalam pada itu, mengulas mengenai kes yang semakin membimbangkan di Kuala Lumpur, Annuar memaklumkan pendekatan yang sesuai untuk Kuala Lumpur ketika ini bagi mendepani pandemik COVID-19 ialah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara bersasar di beberapa lokaliti. 

Beliau berkata dalam Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) COVID-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, beberapa kerajaan negeri telah memohon kepada agensi itu supaya PKP dilaksanakan semula di negeri terbabit susulan peningkatan kes yang tinggi dan kebarangkalian bahawa ia akan terus meningkat.

“Bagi pihak Jawatankuasa Keselamatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kita merasakan perlu lebih berhati-hati, ada beberapa lokaliti tapi kita harap kita juga diletak nanti dalam PKP bersasar.

“Ini bermakna kita akan tengok di mana kawasan dan tempat yang perlu diperketat PKP, kita akan perketatkan,”katanya. 

Annuar berkata pihak MKN mengambil langkah untuk meneliti secara mendalam permohonan negeri terbabit dengan mengambil kira kepentingan menyeimbangkan antara kehidupan dan nyawa rakyat.

“Ia satu situasi yang cukup sukar. Saya sebagai ahli MKN Khas COVID-19 hampir setiap hari bermesyuarat dan mendengar nasihat pakar daripada agensi-agensi yang terlibat secara langsung atau kelompok profesional yang mengurus kesihatan sampailah kepada agamawan yang memberi nasihat dari pelbagai sudut bagaimana harus kita tangani COVID-19.

“Jelas tidak ada formula tetap atau cara terbaik yang tertentu untuk mengurus COVID-19 kerana ia sangat unik. Setiap gelombang, setiap fasa kita terpaksa menggunakan kaedah yang berbeza,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.