4 MEI: Kerajaan mengantung serta-merta kebenaran rentas negeri melalui Gelembung Pelancongan Bersasar antara kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan melaksanakan kembali aktiviti pelancongan menggunakan agensi berdaftar itu akan diumumkan kemudian.
“Langkah pengantungan terbabit dilaksanakan berikutan peningkatan kes COVID-19 sejak kebelakangan ini.
“Gelembung Pelancongan Bersasar ini akan diteruskan semula apabila kita merasakan tiba masanya untuk dilaksanakan,” katanya pada sidang media khas COVID-19, hari ini.
Katanya, kerajaan akan mengumumkan status penggantungan itu apabila kebenaran terbabit diberikan semula. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN