nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jabatan Mufti Perak setuju hukum rentas sempadan haram

6 MEI: Pandangan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah bahawa haram hukumnya melanggar larangan merentas negeri seperti ditetapkan kerajaan untuk pulang ke kampung menyambut Aidilfitri adalah wajar dan tepat, tegas Jabatan Mufti Negeri Perak.

Menurut kenyataan jabatan itu, pandangan dikemukakan Luqman adalah pernyataan biasa yang jika diteliti adalah bertepatan nilai baik dan taat yang perlu ada dalam diri seorang muslim untuk menuruti perintah pemimpin demi kemaslahatan serta kebaikan semua pihak.

Katanya, walaupun apa diucapkan Luqman bukan bersifat fatwa, memadai pandangannya itu dijadikan panduan umum kepada masyarakat terhadap permasalahan semasa.

“Pandangan bersifat irsyad hukum ini sewajarnya membantu mententeramkan jiwa yang bersedih dan berduka kerana tidak dapat beraya di kampung bertemu orang tersayang.

“Sifat mukmin yang baik akan tunduk bila berhadapan dengan hukum, jauh sekali untuk menyanggahnya.

“Dari sudut lain, kita yakin bahawa pandangan terbabit adalah lontaran ilmu daripada seorang yang diakui berkelayakan untuk mengeluarkan hukum, biarpun berhadapan dengan cemuhan dan sindiran masyarakat,” menurut kenyataan itu yang dimuat naik di Facebook rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak, semalam.

Kecaman terhadap pandangan dikemukakan mufti itu, katanya, tercetus mungkin hanya kerana difahami mengikut emosi dan sentimen semasa.

“Maka kesan segera daripada kenyataan beliau ini adalah cemuhan, sindiran dan jenaka warganet.

“Kegopohan berinteraksi dengan kenyataan didengar dan dibaca ini tanpa meneliti secara saksama pastinya akan menghadirkan kefahaman yang tersasar serta ulasan negatif,” katanya.

Pada masa sama, Jabatan Mufti Negeri Perak berkata, pertimbangan terhadap masalah lebih umum, iaitu berkaitan kebimbangan penularan COVID-19 perlu didahulukan ketika ini berbanding masalah individu.

“Data dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung peningkatan kes baharu dan kematian mendadak pesakit COVID-19 amat membimbangkan.

“Justeru adalah wajar kerajaan tidak membenarkan pihak yang tiada alasan syarie untuk melanggar undang-undang dan peraturan ditetapkan ulil amri (pemimpin),” katanya.

Selain itu, Jabatan Mufti Negeri Perak berkata, umat Islam juga wajar menghormati pandangan daripada Ashab al-Samahah, biarpun ‘berbeza selera’ kerana perlu yakin terhadap ketelitian golongan agamawan berkenaan dalam menyuarakan sesuatu hukum.

“Penghormatan kepada mufti dan institusi mufti serta fatwa adalah terjemahan penghormatan, termasuk Islam itu sendiri.

“Pemimpin memerlukan nasihat yang baik dan berhemah, bukannya cemuhan serta makian dipapar secara umum di media sosial, malah ketidakpuasan hati boleh disalurkan melalui pelbagai mekanisme,” katanya. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.