KENYATAAN MEDIA
1. Pada 11 Mei 2021, genaplah 75 tahun umur UMNO. Sambutan Hari Ulang Tahun adalah perlu untuk memperingati UMNO sebagai sebuah parti yang begitu lama berjasa kepada rakyat dan negara ini.
2. Usia 75 tahun menandakan pencapaian tempoh Jubli Intan dalam perjuangan yang panjang. UMNO kini mempunyai 21,135 cawangan, 191 UMNO Bahagian di 13 negeri dengan keahlian 3.3 juta orang. UMNO kekal sebagai parti politik terbesar di negara Malaysia.
3. Adalah diharapkan agar 191 UMNO Bahagian di seluruh negara mengadakan sambutan secara sederhana (menqikut paris panduan SOP
memerangi COVID-19) dengan mengadakan acara seperti berikut:-
3.1. Menaikkan bendera UMNO di Pejabat UMNO Negeri dan Bahagian serta di kawasan tertentu yang difikirkan sesuai, bermula seawal mungkin.
3.2. Mengadakan Solat Hajat, bacaan Yassin dan Doa Selamat agar pemimpin UMNO, ahli, penyokongnya serta seluruh rakyat Malaysia dilindungi dan sentiasa dibantu oleh Allah SWT.
3.3. Sempena Ramadan dan Syawal pula, adalah disyorkan UMNO Bahagian terus melakukan program Ziarah Kasih dan membantu mereka yang memerlukan di kawasan masing-masing.
3.4. Adalah disyorkan juga agar sebaran ucapan dan temuramah melalui media sosial dibuat di kalangan pimpinan UMNO bahagian berkaitan dengan jasa dan perjuangan UMNO khususnya merujuk kepada pembangunan di kawasan masing-masing.
4. Majlis Kerja Tertinggi dalam mesyuarat pada 25 April 2021, bersetuju bersempena dengan Jubli Intan UMNO, sambutan akan dibuat di setiap negeri pada bulan Mei dan Jun 2021 (tertakluk kepada SOP). Pada sambutan berkenaan. Tokoh UMNO setiap negeri akan diumumkan dan diberi penghargaan.
5. Logo Jubli Intan adalah seperti di lampiran. la diperolehi melalui satu pertandingan anjuran lbu Pejabat UMNO. Logo ini bolehlah digunakan dalam ucapan dan sebaran sempena Hari Ulang Tahun UMNO Ke-75.
DATUK SERI AHMAD BIN MASLAN
SETIAUSAHA AGUNG UMNO
6 Mei 2021