7 MEI: India mencatatkan lebih 414,000 jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kepada 21,49 juta.
Agensi Anadolu melaporkan, ia hari kedua berturut-turut negara itu mendaftarkan lebih 400,000 kes selepas melaporkan 412,262 jangkitan semalam selain 3,915 kematian baharu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 234,083.
India yang bergelut dengan gelombang pandemik kedua menyebabkan sistem kesihatan negara itu lumpuh.
Mahkamah Tinggi Delhi semalam memerintahkan pihak berkuasa memberikan rawatan perubatan kepada semua yang dijangkiti COVID-19.
Sejak 27 April, negara ini juga telah menerima sumbangan antarabangsa untuk bekalan dan peralatan perubatan, namun bantuan terbabit belum sampai ke kebanyakan hospital.
Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan malam tadi berkata, “semua bantuan yang diterima hingga 5 Mei 2021 telah diagihkan dan dihantar segera ke negeri / institusi. Usaha sedang dilakukan.”