7 MEI : Seorang pelajar perempuan berusia lingkungan 12 tahun bertindak melepaskan tembakan di sebuah sekolah di Amerika Syarikat menyebabkan tiga orang cedera dalam insiden tersebut.
Murid Sekolah Menengah Rigby, berhampiran kawasan air terjun Idaho itu dilaporkan belajar di kelas gred enam melepaskan beberapa tembakan di dalam dan diluarkan sekolah sebelum senjata itu dirampas oleh guru sekolah tersebut.
Sherif County, Jefferson Steve Anderson berkata, murid tersebut mengambil pistol dalam beg galasnya dan melepaskan tembakan kecederaan kepada tiga mangsa, termasuk dua pelajar dan seorang kakitangan sekolah itu.
Insiden tembakan rambang itu turut disiasat oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan pihak berkuasa tempatan.
Beberapa minggu lalu, banyak insiden tembakan berlaku di AS, termasuk di sebuah kemudahan penghantaran FedEx di Indianapolis, sebuah bangunan pejabat di California, kedai runcit di Colorado dan beberapa spa di Atlanta.
Presiden AS, Joe Biden pada bulan lalu menyifatkan keganasan senjata api di negara itu sebagai ‘epidemik’ dan ‘memalukan antarabangsa’.
Berdasarkan data Arkib Keganasan Senjata Api, lebih 43,000 kematian berkaitan senjata api direkodkan di AS pada tahun lalu, termasuk bunuh diri.