nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jeffrey Tawan Puncak Kinabalu Pada Usia 73 Tahun

 8 MEI: Usia bukanlah penghalang buat Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan menyertai misi menawan puncak Gunung Kinabalu sempena bulan Kaamatan yang disambut Mei ini.

Beliau yang kini berusia 73 tahun berjaya menawan puncak setinggi 4,095 meter itu pada jam 6.30 pagi Sabtu selepas hampir lima jam memulakan pendakian ke puncak itu.

Jeffrey yang juga Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) bertekad mendaki Gunung Kinabalu yang turut dikenali sebagai Akinabalu dipercayai sebagai tempat persemadian terakhir roh nenek moyang bagi masyarakat Kadazan, Dusun dan Murut (KDM) selepas perancangan menawan puncak itu dibuat sejak awal Januari lalu.

“Ramai yang tidak mempercayai hasratnya itu apabila dimaklumkan kepada rakan-rakan. Sebagai persediaan, saya berjalan kaki di kawasan rumah setiap pagi dan petang demi persediaan menjayakan misi itu.

JEFFRY bergambar kenangan dengan memakai pakaian tradisi Sabah.

“Perancangannya adalah untuk sampai ke puncak di mana kita akan menukar pakaian tradisional untuk mempromosikan kepelbagaian pakaian kebudayaan masyarakat KDM,” katanya, hari ini. 

Dalam pada itu, berkongsikan pengalaman mendaki Kinabalu, Jeffrey memaklumkan beliau mengetuai kumpulan pendakian yang disertai 50 peserta termasuk isterinya, Datin Cecilia Edwin dan mereka tiba di Panalaban pada jam 4 petang, semalam. 

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Keningau berkata, mereka kemudian memulakan pendakian ke puncak gunung bermula jam 2 pagi Sabtu dan tiba di puncak pada jam 6.30 pagi.

“Bagi saya perjalanan begitu sukar terutama selepas di Layang-Layang dan pendakian terakhir dari Panalaban menuju ke puncak.

“Bayangkan, kami mendaki di atas batu besar sejauh enam kilometer dengan langkah yang besar dan ada banyak anak tangga yang curam. Kemudian, fasa terakhir dari Panalaban, perlu mendaki di batuan granit menggunakan tali sebelum melalui kawasan berbatu longgar hampir tiga kilometer sebelum tiba di puncak,” katanya.

Mengulas lanjut, Jeffrey menegaskan mereka hampir tidak dapat sampai ke puncak dan misi hampir dibatalkan berikutan keadaan cuaca yang kurang baik.

“Bagaimanapun, saya kata, Akinabalu sudah tentu tidak akan mengecewakan kami. Dia membuka jalan dan memberikan kita cuaca yang baik dan memang betul, kita dihidangkan dengan pemandangan yang menakjubkan di atas sana.

“Saya gembira kerana dapat mengambil bahagian dalam misi ini. Saya sentiasa percaya kita boleh mencapai apa sahaja yang telah kita tetapkan dalam minda jika kita mahu sesuatu, kita mesti dapatkannya,” katanya.

Jeffrey sebelum itu meluangkan masa selama kira-kira 30 minit di puncak sebelum memulakan perjalanan turun dari gunung dan tiba di Pondok Timpohon sebelum jam 7 malam.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.