8 MEI: Klip video seorang lelaki menampar seorang imam ketika solat Subuh berjemaah di sebuah masjid di Pekanbaru, Indonesia yang turut tular di Malaysia ditahan polis semalam.
Kapolsek Tampan Kompol Hotmartua Ambarita mengesahkan penahanan itu, lapor Tribunnews.com.
Tindakan lelaki berkenaan berusia 41 tahun yang merupakan seorang warga tempatan telah dirakam kamera litar tertutup di masjid Masjid Baitul ‘Arsy. Rakaman video berkenaan berdurasi 42 saat.
Menurut polis, kejadian berlaku ketika jemaah melaksanakan rakaat kedua dan lelaki itu tiba-tiba memasuki masjid dan melintasi barisan jemaah sebelum menghampiri imam.
Begitupun, motif lelaki berkenaan masih dalam siasatan.
Imam terbabit, Zuhri Ashari berkata, lelaki berkenaan memukul belakangnya terlebih dahulu.
“Suaranya keras dan selepas itu dia langsung menampar saya. Spontan saya mundur dan jemaah langsung memegang lelaki tersebut,” katanya.
Hasil siasatan awal mendapati, lelaki berkenaan merupakan pesakit mental berdasarkan kad yang ada padanya.