10 MEI : Satu serangan bom ditepi jalan menyebabkan seramai 11 penumpang bas terbunuh manakala 28 lagi cedera.
Serangan bom tersebut berlaku selepas beberapa jam kumpulan Taliban mengisytiharkan gencatan senjata sempena Aidilfitri.
Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Afghanistan hari ini, Tareq Arian berkata, pasukan keselamatan bergegas ke wilayah Zabul, selatan Afghanistan untuk menyelamatkan mangsa yang cedera.
“Kesemua mangsa yang cedera ke sebuah hospital di wilayah Kandahar dalam kejadian tengah malam di daerah Shahr-e-Safa pada tengah malam kelmarin.
“Jumlah korban mungkin berubah kerana beberapa mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal,” katanya.
Menurutnya, semua mangsa yang meninggal dunia juga sudah dibawa ke hospital berhampiran. Pihak keselamatan di wilayah berkenaan akan berusaha menghubungi dan memberi tahu saudara-mara mangsa.
Beberapa pihak dikatakan menyalahkan kumpulan Taliban yang menjadi dalang serangan yang mengorbankan orang awam.
Mengikut angka rasmi dikongsi kerajaan, lebih 920 orang awam terbunuh dan lebih daripada 1,640 yang lain cedera dalam serangan bahan letupan diubahsuai (IED) sejak setahun lalu.