10 MEI: Kerajaan Arab Saudi mengumumkan secara rasmi bahawa ibadah haji 2021 boleh dilakukan dengan syarat ketat dari segi kesihatan dan keselamatan.
Saudi Gazzette pada Isnin melaporkan, Kementerian Haji dan Umrah mengatakan semua standard dan peraturan kesihatan akan diterapkan untuk menjaga para jamaah.
“Institusi kesihatan akan menilai situasi dan mengambil semua langkah untuk menjaga kesihatan Jemaah haji,” kata kementerian itu.
Begitupun, kerajaan Arab Saudi masih belum mengumumkan pelaksanaan haji dengan lebih spesifik.
Tahun lalu, ibadah haji yang biasanya diikuti oleh lebih 2.5 juta Muslim. Arab Saudi hanya membenarkan 1,000 jemaah haji karana pandemik COVID-19.
Pada tahun lalu, lebih 18,490 pekerja terlibat bagi memudahkan umat Islam menjalani ibadah haji.
Terdapat juga 28 pusat informasi di sekitar Masjidilharam bagi memberi maklumat lengkap protokol kesihatan.
Lebih 13,500 staf kebersihan dengan menggunakan peralatan terbaharu bekerja selama 24 jam di seluruh kota dan tempat-tempat suci.
Di Masjidilharam, lebih 3,500 pekerja ikut serta dalam pembersihan besar-besaran.