nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia kena gesa masyarakat antarabangsa tekan Israel

10 MEI: Malaysia menerusi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Kesatuan Parlimen Negara-Negara Anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (PUOIC) perlu tegas dalam menggesa masyarakat antarabangsa memberi tekanan terhadap Israel serta mengelak kemungkinan dasar aparteid kembali di bumi  Palestin.

Pengerusi Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara Datuk Razali Idris berkata tindakan itu perlu berikutan kekejaman dan keganasan tentera Israel terhadap rakyat Palestin  pada akhir  Ramadan ini.

Razali berkata kekejaman dan keganasan yang dilakukan oleh Israel meningkatkan pelanggaran hak asasi manusia terhadap rakyat Palestin.

RAZALI

“Keamanan perlu dikembalikan khususnya kepada rakyat Palestin di kejiranan Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis yang dilihat dipaksa berpindah sebagai pengusiran dan pembersihan etnik secara terancang oleh pendatang haram Yahudi.

“Ini sebagai punca kemuncak kekejaman dan keganasan secara bersiri pada akhir bulan Ramadan ini,” katanya yang juga Timbalan Presiden Majlis Senator Malaysia dalam satu kenyataan. 

Razali berkata pihaknya juga mengecam sekeras-kerasnya tindakan susulan tentera Zionis menyerang dan mencederakan lebih 200 rakyat Palestin dengan merempuh masuk Masjid al-Aqsa menggunakan bom tangan, gas pemedih mata dan peluru besi dilapisi getah bagi menyerang jemaah di sana susulan pengusiran di Sheikh Jarrah.

Sementara itu, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Nasrudin Hassan pula menyeru masyarakat dunia untuk bertindak segera serta bersatu padu dalam menentang kezaliman tentera zionis Israel.

Nasrudin berkata Israel tidak mempunyai sebarang sebab untuk menyerang warga Palestin yang sedang beribadat di bulan mulia ini dan tindakan itu boleh dianggap sebagai satu provokasi semata-mata.

“Tindakan Israel menceroboh hingga mencederakan warga Palestin yang sedang beribadat pada hari-hari terakhir Ramadan tahun ini menunjukkan sikap pengecut sebenar mereka kerana terang-terangan jemaah di Masjid Al-Aqsa ketika itu bukannya ancaman keselamatan untuk mereka.

“Justeru, YADIM mengutuk keras tindakan tersebut yang jelas salah dari segi undang-undang serta mencabul hak warga Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak untuk beribadat,” katanya.

Nasrudin berkata YADIM juga menyeru masyarakat Islam di negara ini untuk sama-sama mendoakan keselamatan rakyat Palestin agar mereka sentiasa dipelihara daripada tindakan keji rejim itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.