Masyarakat disaran laksana PKP kendiri
10 MEI: Masyarakat disaran melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kendiri untuk membantu negara memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Belia berkata, PKP kendiri boleh dilaksanakan dengan hanya duduk di rumah jika tiada urusan benar-benar penting untuk keluar dan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.
Katanya, usaha itu perlu dilaksanakan kerana perjuangan memerangi pandemik terbabit adalah tanggungjawab semua pihak.
“Perjuangan memerangi COVID-19 ini perjuangan kita semua, bukan hanya petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dan petugas barisan hadapan lain.
“Insya-Allah kita boleh putuskan rantaian jangkitan COVID-19,” katanya menerusi ciapan di akaun Twitter, hari ini. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN