nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Penguatkuasaan Akta 446 diperketatkan

10 MEI: Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, menegaskan penguatkuasaan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) tidak pernah dibatalkan, sebaliknya kementeriannya sedang memperketat penguatkuasaannya bagi meningkatkan tahap pematuhan tinggi dalam kalangan majikan di Malaysia.

Berikutan itu, Saravanan menolak dakwaan kononnya penguatkuasaan Akta 446 sudah dibatalkan adalah tidak betul dan satu tindakan undang-undang akan diambil terhadap pihak yang sengaja menyebarkan berita palsu berkenaan.

“Kita tidak pernah batalkan penguatkuasaan tapi kita tambah lagi elemen untuk mengetatkan penguatkuasaannya. Malah, sehingga Sabtu lalu, seramai 17,882 majikan sudah diperiksa dan majikan ini menggajikan seramai 1,673,060 pekerja.

“Sehingga kini kementerian sudah melaksanakan penguatkuasaan dan pemeriksaan turut merangkumi sebanyak 103,829 penginapan yang menempatkan seramai 670,455 pekerja,” katanya pada sidang media khas hari ini, bagi menjawab dakwaan kononnya penguatkuasaan Akta 466 sudah dibatalkan.

Mengulas lanjut, Saravanan berkata daripada 17,882 majikan yang diperiksa, sebanyak 6,069 (33.94 peratus) majikan didapati patuh kepada Akta 446, manakala baki 11,813 (66.06 peratus) majikan didapati tidak mematuhi dan melakukan kesalahan di bawah Akta 446,” katanya.

Beliau berkata, tindakan undang-undang sedang dan sudah diambil terhadap 11,813 majikan yang didapati ingkar terhadap arahan pematuhan Akta 446.

“Sebanyak 706 kertas siasatan sudah dibuka yang membawa kepada sebanyak 121 izin dakwa sudah dikeluarkan dan daripada jumlah ini, sebanyak 39 kes pendakwaan selesai dengan denda RM301,000.

“Sejumlah 216 izin kompaun sudah dikeluarkan dengan tawaran kompaun sebanyak RM1,355,500,” katanya sambil memaklumkan sebanyak 46 Arahan Pindah juga sudah dikeluarkan membabitkan 46 majikan dengan 1,962 pekerja,” katanya.

Pada 25 Februari lalu, Akta 446 diwartakan sebagai sebahagian daripada Ordinan Darurat dan penguatkuasaan akta ini turut diperluaskan ke Sabah dan Sarawak, susulan tercetusnya Kluster Teratai awal tahun ini.

Mengulas mengenai aplikasi ‘Working For Workers’ (WFW), Saravanan berkata, sebanyak 59 aduan diterima sejak ia diperkenal 3 Mei lalu membabitkan isu berkaitan penginapan pekerja, ujian saringan COVID-19, bayaran gaji serta notis pemberhentian oleh majikan.

“Daripada jumlah itu, 29 aduan diterima dari pekerja tempatan dan selebihnya warga asing. Dua negeri tertinggi adalah Kuala Lumpur dengan 19 aduan diikuti Selangor, 18 aduan,” katanya.

WFW berada bawah modul e-complaint, berasaskan kepada Sistem (FWCMS) yang membolehkan pekerja melaporkan 14 jenis aduan secara dalam talian melalui aplikasi yang dibangunkan serta dikendalikan oleh 80 Pejabat Tenaga Kerja seluruh negara.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.