nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Agong nasihat rakyat kekal di rumah, patuhi SOP PKP 3.0

11 MEI: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menasihati rakyat supaya berada di rumah dan tidak keluar jika tiada keperluan mendesak, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di seluruh negara bermula esok sehingga 7 Jun depan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, baginda bertitah, tindakan itu akan membantu petugas barisan hadapan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di negara ini dengan lebih berkesan.

Seri Paduka Baginda, katanya, turut mengulangi titah nasihat baginda baru-baru ini, supaya rakyat mengutamakan keselamatan dan kesihatan diri serta keluarga dengan sentiasa mematuhi larangan dan arahan terkini yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Titah nasihat Al-Sultan Abdullah itu adalah bagi mengelakkan negara ini dibadai tsunami COVID-19, seperti dialami beberapa negara di Asia Selatan dan Eropah,” katanya menerusi kenyataan dikeluarkan Istana Negara, hari ini.

Al-Sultan Abdullah turut mengingatkan rakyat bahawa mereka dilarang sama sekali melakukan pergerakan rentas negeri dan daerah mengikut keputusan MKN dan Kementerian Kesihatan, yang mana perkara itu selaras dengan prinsip menjaga kemaslahatan ummah dan hifzu an-nafs.

Yang di-Pertuan Agong amat memahami keluh-kesah rakyat di peringkat akar umbi yang terjejas teruk akibat penularan COVID-19, dan sehubungan dengan itu, baginda menzahirkan harapan agar masalah dan kelangsungan hidup rakyat ditangani serta dipelihara oleh kerajaan dan semua pihak yang bertanggungjawab.

“Baginda menzahirkan kebimbangan dengan situasi terkini COVID-19 yang masih tidak menunjukkan sebarang tanda penurunan mendadak, sejak kes positif harian dicatatkan mencecah 4,000 kes di negara ini minggu lalu.

“Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan agar kerajaan, sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat melipatgandakan usaha sedang dan akan dilakukan untuk melandaikan kes positif harian wabak ini yang telah memberikan kesan kepada semua pihak, tanpa mengira latar belakang,” katanya.

Ahmad Fadil berkata, baginda menyeru semua pihak agar mengetepikan perbezaan dan kepentingan diri masing-masing untuk bersama-sama berganding bahu membantu kerajaan serta petugas barisan hadapan, menjayakan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), selain usaha memerangi pandemik itu.

“Selain itu, Al-Sultan Abdullah menzahirkan keyakinan bahawa dengan kerjasama padu dan komitmen tinggi daripada semua pihak, negara mampu melandaikan penularan jangkitan COVID-19 demi keselamatan diri serta kesejahteraan negara dicintai ini.

“Mengambil keberkatan bulan Ramadan yang mulia ini dan menjelangnya sambutan Aidilfitri, Seri Paduka Baginda dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong mengajak rakyat untuk bersama baginda berdua mendoakan semoga negara sentiasa diberkati serta dilindungi, malah ancaman COVID-19 dapat diakhiri segera,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.