nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

DAP perlu cermin diri sebelum cuba ajar UMNO

11 MEI : DAP seharusnya mencerminkan partinya sendiri apabila mengatakan UMNO perlu menerima hakikat bahawa tiada lagi parti dominan, induk, teras atau‘abang besar’dalam sebuah kerajaan.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Zuraida Kamaruddin mendedahkan DAP yang telah menunjukkan belang sebenar dengan cuba menjadi dominan dalam masyarakat Cina di negara ini sepanjang tempoh 22 bulan pemerintahan Pakatan Harapan (PH).

Menurut beliau, sikap berkenaan jelas terpancar selepas DAP menggasak kerajaan dan parti komponen lain untuk mengikut telunjuk mereka khususnya dalam hal ehwal masyarakat dan komuniti Cina.

“Bermula dari pemilihan kerusi pilihan raya yang bersifat mengikut kaum, DAP kuat menggasak kerajaan dan parti komponen lain untuk mengikut telunjuk mereka khususnya dalam hal ehwal masyarakat dan komuniti Cina,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi DAP Johor, Liew Ching Tong yang mengajar UMNO agar tidak menjadi abang besar dalam gabungan sama dalam kerajaan atau pembangkang.

Chin Tong memaklumkan, tiada parti yang wajar menjadi dominan dan politik Malaysia akan menjadi lebih stabil semua parti ‘co-exist’ sama ada kerajaan atau pembangkang.

Dalam pada itu, Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan memberitahu perkara itu juga terbukti dengan keputusan menyalurkan peruntukan dana khas kepada sebuah kolej persendirian dibuat secara terus daripada Kementerian Kewangan dan tidak melalui Kementerian Pendidikan ketika itu.

“DAP dengan cara ini cuba mengukuh cengkaman terhadap komuniti Cina. Setiap percakapan dan perbuatan mereka dinisbahkan dan disandarkan kepada kaum Cina sedangkan mereka bukanlah satu-satunya pihak yang mewakili kaum tersebut.

“Maka, adakah DAP tidak bertindak sebagai ‘abang besar’ kepada komuniti Cina dalam negara ini? Tindakan dan kenyataan mereka jelas membuktikan bahawa mereka sememangnya mahu masyarakat Cina di Malaysia berada di bawah telunjuk DAP. Ini adalah perkara yang tidak sihat untuk Malaysia,” katanya.

Sementara itu, menerusi kenyataan sama, Zuraida berkata, negara akan makmur apabila pemimpinnya tidak menyebelahi kepada mana-mana kaum sebaliknya bersifat menyeluruh terhadap seluruh warga tanpa batasan dan pengasingan.

“Tiada lagi ‘abang besar’ yang berhak mendakwa mereka mutlak mewakili kaum tertentu.Wajah baru politik Malaysia wajar memperlihatkan kaharmonian sebenar.

“Bukan retorika di dalam penulisan atau ucapan. Semua pemimpin adalah pemimpin untuk semua bangsa,” katanya-Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.