nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia kutuk serangan tentera Zionis terhadap rakyat Palestin

11 MEI : Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Malaysia mengutuk kekejaman tentera zionis Israel yang melancarkan serangan udara ke atas Semenanjung Gaza pada 10 Mei 2021 sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan terhadap rakyat Palestin, termasuk kanak-kanak.

Muhyiddin berkata serangan kejam, melampau dan keterlaluan oleh Israel ini secara keseluruhan dan terang-terangan menyalahi undang-undang antarabangsa.

“Malaysia turut mengulangi rasa kesal dengan serangan ganas dan pencerobohan berterusan tentera regim Israel terhadap rakyat Palestin dan umat Islam yang sedang beribadat di Masjid Al-Aqsa sejak 7 Mei lalu, serta pengusiran rakyat Palestin yang tinggal di kawasan Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis Timur,” tegas Perdana Menteri.

“Pada hari-hari terakhir bulan suci Ramadan ini, serangan yang keji dan disasarkan terhadap saudara-saudara kita sesungguhnya amat biadab dan tidak menghormati bukan sahaja umat Islam di seluruh dunia, tetapi umat manusia secara keseluruhan,” kata Perdana Menteri dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata, Malaysia juga menuntut Israel untuk segera menghentikan tindakan kejam terhadap rakyat Palestin di wilayah yang diduduki termasuk yang berada di Semenanjung Gaza.

Berikutan itu Muhyiddin juga menyeru masyarakat antabangsa untuk tidak menutup mata dan berdiam diri serta

tidak menghiraukan kekejaman yang dilakukan oleh regim Zionis.

Oleh yang demikian, katanya, Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa terutama sekali Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya bertindak tegas dan mendesak Israel untuk menghentikan segera kezaliman terbaharu terhadap rakyat Palestin.

“Dalam waktu-waktu sukar ini, Malaysia akan sentiasa memberi sokongan padu dan mengukuhkan solidariti dengan rakyat Palestin.

“Malaysia juga turut mengulangi pendirian menyokong penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat menerusi penyelesaian dua negara berdasarkan garis sempadan pra-1997, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kota Palestin, yang merupakan satu-satunya penyelesaian terbaik dalam konflik Palestin-Israel,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.