11 MEI: Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) tidak akan melaksanakan perintah larangan kepada kenderaan barangan daripada berada di jalan raya semasa Aidilfitri.
Menerusi kenyataan MOT, keputusan itu dibuat, susulan larangan rentas negeri dan daerah seluruh negara dikuatkuasakan kerajaan bermula 12 Mei sehingga 7 Jun ini.
“Setiap tahun perintah melarang kenderaan barangan dikeluarkan, namun memandangkan larangan rentas negeri dikuatkuasakan pada tahun ini, MOT tidak akan melaksanakan larangan terbabit,” menurut kenyataan itu, hari ini.
MOT turut mengingatkan semua pihak agar sentiasa mengutamakan keselamatan pada musim perayaan.