nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Darurat Membantu Cegah Peningkatan Kes COVID-19

11 MEI: Dakwaan menyatakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bukti kegagalan matlamat pengisytiharan darurat oleh kerajaan bagi menangani ancaman COVID-19 yang berkuat kuasa 11 Januari lalu  adalah tidak benar. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tindakan melaksanakan darurat dilihat banyak membantu mengurangkan peningkatan kes COVID-19 khususnya dari segi pencegahan namun dilihat masih ramai yang tidak dapat menilai perkara tersebut. 

Menurut beliau, salah satu faktor penting adalah kerajaan dapat menggunakan Ordinan Darurat bagi menggelakan dan menangguhkan daripada Pilihanraya diadakan. 

“Dengan Ordinan Darurat kita dapat elak Pilihanraya Kecil (PRK) seperti contoh di Batu Sapi, Bugaya dan juga dapat menangguhkan Pilihanraya Negeri Sarawak di mana tanpa Ordinan Darurat, PRN Sarawak perlu diadakan pada bulan Jun kerana telah tamat tempohnya selama lima tahun.

“Kita juga mengambil iktibar menerusi PRN Sabah di mana jangkitan bermula selepas Pilihanraya dan mengambil iktibar di India , di mana salah satu faktor kes semakin meningkat disebabkan mereka  mengadakan lima kempen Pilihanraya dan satu kempen melibatkan penyertaan kira-kira 200,000 individu di samping tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP). 

“Jadi, perkara ini seolah-olah menjadi dejavu buat KKM melihat PRN Sabah dan kerana itu kita gunakan Ordinan Darurat bagi mengelakkan Pilihanraya ketika kes sedang meningkat secara mendadak di samping kita telah mengesan varian-varian baharu yang membimbangkan, “jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media khas perkembangan COVID-19 bersama Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Putrajaya, hari ini. 

Dr Noor Hisham mengulas perkara tersebut ketika ditanya mengenai jika pelaksanaan PKP 3.0 ini merupakan kegagalan darurat disebabkan matlamat pengisytiharan perkara itu bagi mengurangkan wabak COVID-19. 

Dalam pada itu, Noor Hisham menegaskan pelaksanaan PKP 3.0 ini juga memberikan masa dan peluang kepada pihak KKM untuk menambah baik kesiap siagaan fasiliti hospital yang sudah semakin berkurangan akibat peningkatan kes. 

Menurut beliau, KKM mempunyai sebanyak 734 katil bagi unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 500 telah digunakan yang menjangkakan KKM memerlukan kira-kira 1,700 katil pada pertengahan bulan Jun jika kes wabak COVID-19 terus meningkat. 

“Dalam tempoh tiga ke empat minggu ini di bawah pelaksanaan PKP, ini memberi ruang kepada KKM untuk  mengorak langkah memastikan kita dapat menampung pesakit-pesakit yang akan datang ke hospital bila kes meningkat secara mendadak selain rakyat dapat duduk di rumah untuk kita bersama hindari wabak ini. 

“Jika tindakan kita baik dalam tempoh dua ke empat minggu ini dan mematuhi segala SOP yang ditetapkan ketika pelaksanaan PKP pastinya kita dapat melandaikan lengkuk. Saya mengharapkan agar semua dapat mengikuti segala SOP,” katanya. 

Sementara itu, Noor Hisham turut memaklumkan 80 peratus jangkitan wabak COVID-19 kini tidak lagi berada dalam Kluster namun sudah mula menular di kalangan komuniti. 

“Setakat ini ada empat varian yang membimbangkan iaitu varian Afrika Selatan B.1.351, varian United Kingdom, UK B.117 dan satu kes import baharu dijangkiti varian Indian B.1.617.1 namun varian Brazil kita belum dapat mengenal pasti ianya sudah ada di negara kita. 

“Kita bimbang varian-varian ini akan menyerang lebih banyak negeri kerana mempunyai tahap penularan yang cepat dan mempunyai kadar kematian yang tinggi dan kerana itu kita mengharapkan agar dengan PKP ini kita dapat membendung varian ini dari tersebar ke negeri-negeri yang belum di jangkit, “katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.