nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

132 rakyat Malaysia dari India tiba di KLIA

12 MEI: Misi repatriasi membawa pulang rakyat Malaysia dari New Delhi dan Mumbai, India, selamat tiba di Unit Kecemasan Udara, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 1 pagi tadi.

Kementerian Luar menerusi kenyataannya berkata, misi itu dilaksanakan dengan menggunakan pesawat sewaan khas Malindo Air yang membawa pulang seramai 132 individu, iaitu seramai 117 orang rakyat Malaysia, enam orang tanggungan dan seorang pemegang status penduduk tetap Malaysia.

Misi terbabit, katanya, turut membantu membawa pulang lapan warga Brunei.

“Semua penumpang, kru dan pegawai-pegawai barisan hadapan yang terbabit dalam misi ini adalah tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ketat ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Mereka perlu mengemukakan keputusan ujian saringan COVID-19 disahkan negatif dalam tempoh tidak lebih daripada 72 jam sebelum pelepasan; selain ketibaan penerbangan repatriasi ini secara berasingan di Unit Kecemasan Udara yang juga dikenali sebagai Air Disaster Unit (ADU).

“Mereka turut menjalani pemeriksaan dan tapisan kesihatan ketat KKM sewaktu ketibaan,” menurut kenyataan itu, hari ini.

Selain itu, Kementerian Luar berkata, semua individu terbabit perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di pusat kuarantin ditetapkan kerajaan dan pemantauan tahap kesihatan secara berterusan dilakukan terhadap semua penumpang, termasuk kru dan pegawai barisan hadapan itu, sehingga tamat tempoh kuarantin.

Katanya, kejayaan misi itu adalah hasil kerjasama erat KKM, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Imigresen Malaysia, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, Konsulat Jeneral Malaysia di Mumbai dan agensi berkaitan.

Pada masa sama, Kementerian Luar mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terbabit dalam menjayakan misi ini.

“Kementerian ini akan terus memantau situasi COVID-19 di India dan akan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di luar negara sentiasa terpelihara,” katanya.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menerusi kenyataannya pada 6 Mei lalu, dilaporkan berkata, kerajaan melalui kerjasama antara Kementerian Luar, NADMA dan KKM akan melaksanakan misi repatriasi khusus bagi rakyat Malaysia, termasuk Home Based Staff (HBS) serta tanggungan mereka daripada pelbagai agensi yang berada di wilayah utara dan barat India.

Pelaksanaan misi itu adalah susulan situasi gelombang kedua penularan pandemik terbabit di negara berkenaan ketika ini yang berada pada tahap amat membimbangkan.

Hishammuddin turut berkata, misi repatriasi kali ini tidak membabitkan wilayah selatan dan timur India kerana situasi di wilayah itu masih terkawal.

Namun, katanya, Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai akan terus memantau situasi di wilayah itu dan membuat penilaian berterusan bagi memastikan keselamatan serta kebajikan rakyat Malaysia di sana dijaga.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.