nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Hidup zaman pandemik seperti hidup di zaman perang-PM

12 MEI: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru rakyat untuk berkorban melawan pandemik COVID-19 dengan meningkatkan disiplin diri serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) setiap masa.

Muhyiddin menyifatkan rakyat yang hidup di zaman pandemik COVID-19 seperti hidup di zaman perang yang mana mereka perlu melindungi diri setiap masa bagi menyelamatkan nyawa.

Justeru, Perdana Menteri berkata, perlindungan terbaik bagi berdepan zaman pandemik ini adalah perlu berada di rumah sendiri.

“Jadi saya nak merayu kepada semua, duduklah di rumah. Tak perlulah ke sana sini kalau tiada urusan penting.

“Kita hidup di zaman pandemik. Samalah seperti kita hidup di zaman perang. Kita mesti mencari perlindungan di setiap masa untuk menyelamatkan nyawa dan perlindungan yang terbaik ialah di rumah kita sendiri,” katanya sempena perutusan Aidilfitri, di Putrajaya, hari ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin memberitahu, pihaknya yakin rakyat mampu menewaskan gelombang ketiga COVID-19 yang dihadapi masa kini dengan sentiasa mengamalkan displin kendiri

Beliau berkata, bagi meningkatkan keberkesanan tindakan kesihatan awam dalam memerangi COVID-19, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan meningkatkan ujian swab COVID-19 dan melaksanakan pengesanan kontak yang lebih meluas dalam tempoh PKP ini.

“Kita berjaya melandaikan lengkuk jangkitan COVID-19 dalam gelombang pertama. Kita juga berjaya mengurangkan angka jangkitan COVID-19 dalam gelombang yang kedua.

“InsyaAllah,  disiplin kendiri kita melawan COVID-19, kita akan berjaya menewaskan gelombang ketiga yang sedang kita hadapi pada masa ini,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.