nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Polis Perak kesan kesalahan rentas negeri di plaza tol

12 MEI: Polis Perak komited mengesan salah guna permit kebenaran perjalanan dengan menempatkan anggota di setiap plaza tol hala masuk di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di negeri itu untuk memeriksa dan memantau kadar bayaran tol pengguna.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, operasi itu yang dikenali sebagai Projek Rintis Op Covid-19 dilaksanakan sejak dua hari lalu turut berjaya mengurangkan kesesakan lalu lintas kerana empat lorang tol digunakan.

“Sebelum pengguna menyentuh kad Touch and Go, kita akan bertanya mereka dari mana dan hendak ke mana. Kemudian, kita akan sahkan menerusi mesin pengimbas untuk mengetahui kesahihan perjalanan,” katanya selepas melawat pemeriksaan sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Ipoh arah Selatan, Ipoh, hari ini.

Jelasnya, projek ini adalah yang pertama di Ipoh dan di negeri Perak dan akan dijalankan di tiga lokasi lain iaitu Plaza Tol Jelapang, Ampang dan di Simpang Pulai.

Mior Faridalathrash sebelum ini dilapor sebagai berkata, pihaknya akan melakukan strategi dalam membanteras pergerakan rentas negeri di beberapa plaza tol, khasnya sewaktu musim perayaan selain usaha mengekang penularan pandemik COVID-19 ke negeri ini.

Dalam pada itu beliau berkata, plaza tol merupakan lokasi yang selamat daripada panas dan hujan serta mempunyai kamera litar tertutup (CCTV), yang dapat membantu PDRM mengelakkan berlakunya salah guna kuasa atau tohmahan kepada pegawai yang bertugas.

“Setiap pegawai penguat kuasa akan berada di plaza tol PLUS dan kita boleh adakan pemeriksaan kalau hujan lebat. Jika di luar susah kita hendak adakan pemeriksaan kalau hujan, panas dan sebagainya. Selain itu, kita gunakan kemudahan CCTV untuk memantau apa yang berlaku di antara petugas dan orang ramai.

“Setakat ini, kita belum mengesan penipuan yang dilakukan pengguna,” jelasnya dan menambah sebanyak 12 kompaun telah dikeluarkan semalam di seluruh negeri Perak, kepada mereka yang gagal mengemukakan surat rentas negeri serta mengarahkan mereka berpatah balik.

Sementara itu dalam kes berasingan, tindakan seorang lelaki mengeluarkan kata-kata berbaur lucah dan mengkritik kerajaan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di laman sosial mengundang padah, apabila beliau ditahan di Batu Gajah semalam.

Mior Faridalathrash berkata, lelaki yang menggunakan nama ‘Apit Wan Lebo’ di akaun Facebooknya itu, ditahan lebih kurang pukul 11 malam tadi namun telah dibebaskan dengan jaminan polis dua jam kemudian, selepas selesai dirakam percakapannya.

“Lelaki itu telah memuat naik video klip di laman sosial dengan menggunakan kata-kata lucah dan mengkritik kerajaan. Dakwaan lelaki berkenaan adalah tidak berasas sama sekali,” katanya dan menambah kes disiasat  mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.